Followers

Friday, July 4, 2014

Mood Raya sudah mari!

Wah! Baru 5 hari berpuasa dah datang mood raya. Hehe, apa tidaknya tahun ni banyak perubahan berlaku dalam rumah kak M ni. Bermula dengan minor renovation di mana kami cat semula keseluruhan rumah, kemudian buat wiring sikit kasi kemas dan tukar lampu serta kipas siling. Reno juga sikit di luar pagar rumah sebb laluan masuk tu dah banyam pecah jubinnya. 

Sehubungan dengan itu Kak M pun tergerak hati nak tukar langsir baru lah. Memandangkan langsir yang sedia ada pun dah hampir 5 tahun digunakan. Memang sayang sangat langsir hijau kak M tu , cantik dan sejuk dipandang. Tapi kali ni kak M nak tukar sikit suasana dalam rumah.



Kali ni lebih kepada konsep shabby chick. Warna langsir kali ini sangat cerah. Memula tu rasa macam tersalah pilih warna sebb tak banyak beza dengan warna cat ruang tamu rumah Kak M ni. Tapi bila dah dipasang, nampak lawa juga. Hehe puji sendiri la...mujur hubby pun berkenan juga.

Rona cerah begini menjadikan ruang dalaman rumah nampak lebih luas. Yer memang benar, kak M dapat rasanya perbezaannya, terasa lapang jer dalam rumah ni.


macam biasa, kak M masih setia dengan Jakel. Satu sebab dekat dengan rumah, dua sebab Jakel boleh datang ukur dan pasangkan sekali langsir ni. Dan ketiga kak M memang berpuas hati dengan khidmat nasihat yang diberikan.

Memandangkan fabrik kali ni agak ekslusif maka harganya pun ekslusif juga lah. Haha. Jangan tak percaya kalau Kak M kata total kos adalah RM2k heeee untuk 2 sliding door dan satu tingkap roman blind. Bagi kak M berbaloi jer, sebab kak M akan guna untuk 5 tahun lagi..hehe gitu le kaedahny


Pilihan lace atau sheer kali ni mrmang sangat puas hati. Kak M memang suka sangat dengan lace ini. Macam bilik pengantik pun ado. Haha..kalau dilihat dekat memang cantik. Sebab tu harga lace ini memang sangat mahal. Kalau tak salah lebih kitang RM40 semeter.Alahan rumah kak M ni bukannya banyak tingkap pun, jadi biarlah nak lawa2 sikit untuk kegunaan jangka masa yang lama.


Untuk top atau kening langsir, kak M pilih box splitted ajer sebab nak nampakkan simple. Kalau berscalop bagai kak M rasa tak begitu sesuai. Rekaan itu akan nampak berat dan padat. Kak M lebih suka kepada rekaan yang mudah dan ringkas.


Roman blind ini adah di tingkat bawah tuang tamu. Ianya memberikan sesikit kelainan untuk hiasan dalaman rumah. Penampakan sedikit Inggeris yang mudah dan ringkas. Kak M memang suka roman blind ni sebab senang di urus tak perlu nak sisip ketepi bagai. Boleh tarik jer roller tu turun dan naik.

Begitu lah kisahnya mood raya hari ni. Sesenang nanti kak M kongsikan hiasan lain pula. Heee, boleh lah sesama kita dapat idea hiasan dalam untuk rumah kita.

tata...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...