Followers

Sunday, April 27, 2014

Hujan hujan ni ..makan Nasi Arab memang best!


Hari ni sekali lagi kak M masak Nasi Arab yang sekarang ni jadi sangat popular.
Ini adalah kali kedua kak M menggunakan Pes Yemeni Nasi Arab yang dibeli dari kawan kak M. Memang berbaloi sebab sekali masak memang habis semua makan. Anak anak pun tak banyak cakap, makannya bertambah tambah.


Kali ni kak M sediakan bersama ayam masak merah atas permintaan Amierul Danish. Masakkan lebih tomato sikit agar tak pedas dan ramai yang boleh makan.

nasi arab ni tak cukup syarat kalau tak der Salata. Jadi meh sini kak M kongsikan resepi salata yang serba ringkas ini.

RESEPI SALATA

Dua biji tomato dipotong dadu
sebiji timun saiz sedang di potong dadu( buang empulurnya)
Daun parsley beberapa helai di potong kasar.
sebiji lemon

campurkan semua bahan di atas dan perahan lemon, letakkan gula dan gaemram sesikit. Pastikan ianya lemon yer bukan cuka atau limau nipis.

senang kan.?


okey kepada yang berminat nak order Pes Nasi Arab beriani ni boleh wassap kak M yer di 0192721076..kakM deliver hanya yang berada di Shah Alam dan Klang ajer. Tq tq tq..

have a nice day

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...