Tat Nasi Ayam

Malam tadi Hubby belanja makan luar. Kemain suka lagi anak anak mommy ni kalau dapat makan kat kedai.
Kali ni kami mencuba menu di restoran Tat Nasi Ayam yang terletak di Seksyen 23. Lokasinya di corner lot berhampiran dengan carefour (sekarang telah diambil alih oleh EON)

Memang seronok dapat makan kat sini sebab ada pelbagai pilihan. Pemiliknya menjual menu Nasi Ayam dan minuman. Tapi ada stall kecik disekeliling restoran yang menjual menu yang pelbagai.


Kak M order Char Koew Teow.. memang sedap sama macam yang kak M makan di Penang suatu ketika dulu. Hubby pula order nasi ayam..sangat speci nasi ayam sini..sedap tak terkata. Nuha pula makan durian crepe.. 3 biji RM5..ok lah kan?



Danish pula makan chicken chop..sedap juga..memanglah menjilat jari semuanya. Di samping tu ada otak otak fan satar. Huh memang feveret kak M tu semua. Akhir sekali bebudak ni makan waffle ice cream yang sangat enak sebagai pencuci mulut


Antara menu lain yang turut dijual di sini ialah roti naan dan tandoori, sotong bakar dan kangking, rojak buah dan rojak pasembur, aneka jenis popia, western food, soto dan bihun sup dan itayaki.

Memang banyak pilihan dan sesuai kalau nak bawa family ke sini.





Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick