Sukan Taska Anak Bestari

Hari ni adalah hari sukan Taska Anak Bestari. Anak anak mommy Nuha dan Ahmad ambil bahagian. Nuha ada 2 acara dan Ahmad ada satu acara.

Tahun ni sukan diadalah di dewan orang ramai yang sangat kerhampiran dengan kediaman kami. Jadi lepas sarapan berjalan kaki jer kami ke sana.

Macam biasa jamuan secara potluck diadalah dan tahun ni mommy bawakan kek coklat lembab. Itu jer yang mommy rasa sempat mommy buatkan untuk majlis tersebut. Memang macam macam makanan ada tadi. Jenuh makan lah kiranya.


Memang ramai penyertaan kali ni sebab ia menggabungkan 3 cawangan iaitu cawangan Shah Alam, Bukit Raja dan Kelana Jaya. Nuha masuk acara tempurung emas dan pahlawan bestari manakalai Ahmad pula 
Masuk acaea cawan pasir.

Riuh rendah sekali sorakan ibu bapa memberi sokongan kepada anak anak. Sukan tamat pada jam 1.30 petang dan disudahi dengan penyampaian hadiah serta sijil komputer dan sijil tamat sekolah.





Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick