Soto Ayam


Menu hari minggu kali ini ialah Soto Ayam. SiL nak makan katanya teringin sangat, jadi kakM pun masak soto hari ni. Soto ni memang menjadi kegemaran semua. Asalkan berasaskan sup memang laku ler.

Resepi biasa jer. Kak M suka sup yang pekat. Cuma buat soto ni banyak rencah itu jer yyang terasa sangat cerewet.


Apa yang istimewa sup.soto ini ialah kerana supnya dicampur santan..ha kan? Itu sebab ianya ada rasa yang tersendiri.

Kak M belajar buat sup dari kawan kak M masa dok di USM dulu. Kami sama sama buka gerai jual soto. Sehingga kini kak M masih mengunakan resepi. Memang sangat puas hati dengan rasanya. Jom semak resepi tak seberapa ni.

Kak M hanya guna sebelah jer ayam tidak dipotong kecik yer terus masukkan dalam periuk bersama 10 gelas air..lebih pun takper.

Mesin 3 biji bawang merah 3 biji bawang putih dan sebiji bawang besar serta seinci halia dan sebatang serai. Masukkan dalam rebusan ayam tadi

Masukkan 2 sup bunjut dan garam secukup rasa. Biarkan sup mereneh dan rasakan garamnya. Akhirnya masukkan secawan santan dan kacau dam biarkan seketika.

Boleh dihidangkan dengan nasi impit, daun sup, bergedel, kacang tanah dan soohon.

Boleh tambah sambal kicap untuk lebih enak.

Jom makan.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick