Salam Aidil Adha dan Salam Takziah

Salam Aidil Adha buat semua muslimin dan muslimah seluruh dunia.
Alhamdulillah semoga semuanya sihat di hari mulia ini.

Pagi ni kak M merima perkhabaran dukacita dari anak didik yang kehilangan bonda tercinta. Di saat semua orang bergembira menyambul aidil adha beliau setia menemani ibunya yang tenat di ICU. Alfatihah buat arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Kak M haral anak anak arwah akan terus berdoa ke atas roh ibundanya. Ingatkan jasa dan pengorbanan seorang ibu yang tiada tandingnya. Hanya doa anak anak yang soleh sahaja akan sampai kepada ibunya. Amin.


Tahun ni kak M beraya di Klang. Cuti pun tak lama jadi tak berbaloi nak balik Jitra. Mscam biasa menu istimewa di pagi raya Ialah rdang ayam, kuah kacang, nasi impit dan kuah lodeh.

Tahun ni kak M sempat menyediakan kek karot juga. Alhamdulillah memang sangat sedap kek ni. Nanti ada masa kak M akan kongsikan resepinya

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick