Nasi Ayam Panggang


Menu dah lama sebenarnya cuna hari ni baru mampu nak buat entry.masa kak M  sediakan menu hubby outstation . Dia ke Sabak Bernam ada aktiviti mercy Palastin.

Hubby memang suka sangat nasi ayam. Sebab dah lama tak masak nasi ayam jadi harinni kak M terfikir untuk sediakan nasi ayam untuk menu keluarga tersayang.


Kak M cuma masak 2 pot beras sahaja. Cukuplah untuk kami sekeluarga. Kali ni kak M buat ayam panggang sebagai lauknya. Sebabnya anak sulung kak M ni tak suka ayam goreng katanya nanti keras dan tak sedap lagi.

Sebenarnya kak M pun ada intention nak buat nasi ayam panggang. Sebabnya kak M nak suba panggang ayam guna periuk magic tu. Dan paling penting kak M ada beli rempah ayam golek dari Jitra masa balik berhari raya dulu. Jadi, inilah masanya untuk dicuba.


Kak M cuma buat uyk dua ketul peha ayam. Memang dah cukup muat dalam mahic grill pan tu. Saiz ayam pun besar jadi boleh potong 3 lagi untuk seket peha ayam tu.

Untuk menu ayam panggan ni mudah sangay. Cuma bancuh saja rempah tu sehingga jadi macam sos dah perapkan bersama ayam selama 15 minit dan panggang lebih kurang 20 minit. Hasilnya isi ayam memang menjadi sangat lembut dan basah. Memang sedap di makan semasa panas.

Untuk nasinya kak M tak gina stok ayam sebab kak M takder ayam yang mencukupi untuk buat stok ayam jadi kak M gunakan cube stok ayam segera. Dua cawan beras tu di masak bersama 2 pot air. Tumis darat bawang putih dan bawang besar serta kayu manis dah bunga lawang. Masukkan cukup cube ayam dan tuangkan dalam beras tadi. Tunggulah hingga ianya masak dan gaulkan biar sebati campuran. Sebelum tu jangan lypa masukkan garam secukup rasa.

Untuk menyediakan sosnya pula sangat mudah segenggam cili kering dimesin bersama 5 batang cili hidup dan masak dalam periuk. Campurkan gula dan garam serta air asam jawa. Rasakan dan siap dihidang.

Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick