Followers

Saturday, October 5, 2013

Chocolate Moist Cake

Kek ni dah dua kali kak M buat. Memula dulu kak M buat untuk Sukan Tahunan Taska Nuha dan Ahmad. Hari ni buat sekali lagi sebab Nuha nak.makan. Katanya masa sukan tu dia tak sempat nak rasa pun.. heeee kasihan Nuha


Kak M hanya gunakan tepung ready mix yang kak M beli dari bakery shop. Satu bungkus RM8 dapat menghasilkan 500 gm kek coklat.

Memang sangat mudah. Masukkan semua tepung tu dalam mixer dan tambahkan 3 biji telur, 100gm air dan 200gm minyak masak. Putar selama 1 minit hingga semuanya bercampur sebati


Kek ini dibakar pada suhu 180 celcius selama 40 minit. Kak M gunakan acuan 8" untuk kek ini

Bila dah masak biarkan ianya betul betul.sejuk pada suhu bilik. Sementara kek menyejuk kita sediakan ganache sebagai toping.

Kak M beli coklat bar masakan dari kedai bakery juga. Panaskan secara double boiled. Masukkan coklat bar dan double cream dan biarkan ianya mencari bersama sehingga menjadi likat. Dan sejukan seketika.

Akhirnya boleh lah dituangkan ke atas kek tadi sehingga membaluti keseluruhan kek.

Itu sahaja. Senang kan?




2 comments:

effa farhana said...

kak emma.. double cream tue apa..et fail la bab2 ganache nie..sukmo x berkilat bila buat..jadi kasar n gelap je

Emma Marinie said...

Double cream ada juai kat tesco..dalam bekas mcm yogult...nak berkikat boh butter satu sudu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...