Carrot Cake

Dah lama kiranya kak M tak buat Kek Karot ni. Kek ni memang menjadi kegilaan ramai orang. Terutamanya kawan kawan kak M di pejabat tu. Kalau kak M buat memang berebut diaorang nak. Hehhe. Kalau bebudak ni tak suka sangat sebab ada karot tu dan kacang walnut yang katanya tak best.

Kek karoy kali ni kak M letak topping butter cream cheese. Memang best rasa dia cuma kak M buat sikit jadi macam kurang umph. Apapun dan tinggal kurang dari suju bagahian sekarang. Masing masing asik berulang makan kek ni.


Kek ni cuma 500 gram sahaja. Cukuplah untuk kami sekeluarga yang tak ramai. Lagi aidil adha ni biasanya tak ramai tetamu. Kak M beraya dirumah mertua. Memang tak ramai jugaadik beradik. Yang datang tadi cuma kawan baik bonda mertua dan juga kakak serta abang ipar kak M. Jadi sebiji kek ni dah cukup untuk kami seisi keluarga.


Kek karot kali ninmemang menjadi sangat sebab semua bahan tambahan seperti kismis, dan walnut tidak jatuh ke bawah. Rasanya juga tidak terlalu manis.

Resepinya seperti berikut

4 biji telur ayam saiz A
2 cawan minyak jagung ( Kak M guna minyak masak biasa je)
120gm gula perang
100gm gula castor
100 gm walnut
50gm kismis
Secawan carrot diparut
Secubit garam
Satu sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil bikarbonat soda
300gm tepung gandum

Cara-caranya

Putarkan gula dan telur sehingga sebati masukkan minyak jagung dan putar lagi.masukkan walnut, kismis dan Carrot dan gaulkan sebati. Akhir sekali campurkan tepung gandum, serbuk kayu manis, garam dan soda bikarbonat dah gaul sebati.

Tuangkan adunan dalam bekas 8x8" dan bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 50 minit.

Untuk menyediakan cream cheese topping cuma perlu masukkan cream cheese 250gm bersama 200gm whipping cream serta 3 sudu gula icing, 2 sudu besar perahan lemon dan putar hingga kental. Biarkan kek menyejuk pada suhu bilik seblelum cream creese topping disapu pada kek tersebut.

Mudah kan? Jom cuba....:)



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick