Followers

Sunday, October 13, 2013

Asiari SACC Mall

Salam siaran semua..kak M baru sudah bersahur. Puasa sunat zuljjah yang penuh barakah ni. Kak M bertemankan anak sulung berpuasa lagi tahun ni. Dah masuj hari berwukuf maka sehari lagi akan Aidil Adha kita.

Ada ke sesapa yang menjalan kan ibadah korban tahun ni. Kak M tahun ni sedekahkan kepada orang2 susah di cambodia melalui orangb kampung di Kedah yang akan ke sana menjalankan ibadah mulia dia. 


Tak der apa sangat nak cerita pagi ni. Cuma bila tengok galeri ada pula hambar ni. Kak M nak kongsikan menu istimewa ni.

Minggu lepas ada date dengan kakak yang dulu sama office tapi dah hampir setahun dia ditukar ke jabatan lain. Jadi kami lunch sesama sebelum masing masing cuti berharibraya di kampung.


Kak M pilih untuk lunch di restoran Asiari di SACC mall. Korang pernha ke sana? Restoran ni memang semedang jer penuh orang. Tapi hari tu Kami sampai awal.maka dapat lah tempat duduk yang lebih selesa.

Biasanya kalau ke sini kak M akan order ala cart. Kak M suka koewteow goreng dan mee seafood dia. Tapi hari ni kami makan nasi pula. Restoran ni menyediakan masakan vietnam. Jadi memang ada kelainan. Sekai tengok macam restoran Tomyam kan, tapi sebenarnya tidak.


Kami makam menu yang telah disusun. Set A menghidagkan nasi dengan 4 jenis lauk. Kak M tak ingat sangat nama menu lauk tu tapi lebih kurang jer lah yer. Chicken sweet sour. Qsuid spice and vege, friend bean sprout dan tauhu with leanut sause.

Memang sedap semuanya. Kot sesapa.ketandusan idea cari tempat makan boleh la cuba di sini. Harga pun tak.mahal sangat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...