Followers

Friday, August 9, 2013

Terubuk Masin Goreng Cili

Hari raya kedua dah tak lalu nak makan ketupa rendang. Nak makan nasi juga. Huhu..ada mak mertua kat rumah akak. Pikir punya pikir akak teringat ada terubuk masin dari Sarawak student bagi. Heee ini kali lah akak nak cuba goreng cili terubuk ni.

Masa biasa kita basuh dulu terubuk ini bersih bersih dan buang sisiknya. Kemudia potong dadu dadu dan goreng garing.

Letak ketepi dan kita tumis sambalnya. Akak guna sambal tumis punya resepi cuma tumis lama sikit sampai agak kering dan masukkan sedikit gula..garam tak perlu yer sebab terubuk tu dah masin. Gaulkan terubuk masin dalam sambak tu sampai bersalut semua dan tutup api dan siap dihidang. Makan dengan nasi putih panas panas memang ummpphh!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...