Followers

Monday, August 26, 2013

Majlis Tahlil

Alhamdulillah tahun ni kami berpeluang mengadakan tahlil di rumah sendiri.

Hubby dapat panggil sekumpulan anak anak Tahfiz dari Seksyen 4 Shah Alam untuk datang ke rumah membaca tahlil untuk ahli keluarga yang dah pergi meninggalkan kami


Lehih kurang 20 orang mereka ini semuda seumur 9 tahun. Sejuk hati mendengar bacaan tahlil mereka, fadih dan lancar..memang betul kata pepatah sejuk perut ibu mengandung.

Majlis ni sebenarkan disekalikan juga dengan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitribyang memang menjadi acara tahunan kami. Kali ni kami panggil anak anak tahfiz duku pada wajtu tengahari kemudia sessi petang baru lah jemput rakan taulan dan jiran tetangga.


Kami sekeluarga merakamkan terima kasih tidak terhingga di atas kesudian mereka membaca tahlil di kediaman kami. Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan baik.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...