Aidil Fitri di Seksyen 7

Tahun ini kami berubah angin. Kebiasaannya setiap tahun Aidil Fitri akan di dambuy dengan meriahnya di Klang. Tapi tahun ini bolda mertua nak berhari raya di Seksyen 7 Shah Alam.

Memang sunyi lah sebab orang Shah Alam ramai dah balik kampung. Jiran jiran kami pun tinggal beberapa jer.


Walaupun mertua kak M dah tempah ketupat rendang bagai, tapi bila beraya di rumah sendiri ni semangatnya sangat berbeza. Kak M memang nak buat juga rendang ayam dan kuah kacang sendiri. Jadi hari rabu tu memang marathon sakan membeli segala bahan untuk memasak.

Bonda mertua hanya sampai selepas isyak. Masa tu kak M dah siap masak rendang dan sedang menggoreng kacang untuk buat kuah kacang.

Alhamdulillah persiapannya memang terancang baik.


Istimewa untuk tahun ini, kak M juga masak Nasi Pilau..hehe memangvterbaik lah. Nasi ni lebih istimewa kalau kena dengan menu kambing tapi ramai di sini yang tak begitu makan kambing jadi kak M masak kari daging, baik punya!.

Resepi nasi pilau ni nanti lah kak M cerita dalam entri lain ya.

Walaupun terasa agak terpisah beraya di Shah Alam..sebenarnya tidak sebab suasananya agak meriah juga. Tak sangka memang ramai yang datang berkumpul di rumah kak M , Kali ni memang kami tak sempat keluar berkunjung ke rumah sedara..sentiasa adavtetamubertandang. Alhamdulillah rezeki semuanya.

Wah..warna tema baju raya kali ni merah ok...hehe...merahnya makngah!.. sebenarnya idak ler merah sangat..merah darah gitu...memang terselah keayuan dan ketampanan masing masing kan..


Cuma yang tak best tak sempat nak ambil gambar bersama. Kelam kabut bila tetamu dah sampai. Heee..maklumlah tak der pembantu jadi semua kena buat sendiro..insyaAllah akan dicuba kemudian nanti.





.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick