Followers

Thursday, July 4, 2013

Sambal telur puyuh sama petai

Selalunya memang buntu fikiran setiap kalinmasuk dapur. Terpikir pikir nak masak apa. Tapi hari ni terus jer kak M bersilat menyediakan hidangan yang tak pernah lun kak M sediakan sebelum ini.

Sambal telur puyuh dah petai memang nampak sedap di mata..sedap juga ditekak. Biasanya petai di masak bersama bikis atau udang kan? Apa salahnya kalau kita pelbagaikan dengan cara lain. Sebelum ibi kak M pernah buat ikan siakap bakar petai. Huhu memang meletop tau...sangat enak! Terkini Mat Gebu pula tampil dengan sambal ayam sama petai..hah apa susahnya kan? Menggunakan bahan asas sambal yang sama saja cuma tukar ganti lauk pauknya.


Telur puyuh ni kak M beli di MyMaiden dengan harga RM2.90 sebekas rasanya ada 12 biji dalam tu. Rebusnya sama macam telur ayam cuma sedikit mencabar nak kopek telur nak kecil comel ini.

Sambalnya pula menggunakan bajan asas seperti biasa cuma yang ini kak M tambahkan serai macam masak ayam merah tu. Bila ada serai ianya akan menaikkan lagi aroma sambal tu. Hihi..terliur jer kan? Apa lagi moh ler kita senang jer ni..sesekali kasi tukarrrrr..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...