Followers

Tuesday, July 2, 2013

D'Haja first annivesary

Jumaat lepas Kak-M sempat ke Pelancaran icon baru D'Haja serta sambutan ulang tahun pertama D'Haja di Seksyen 7 Shah Alam.

MAjlis bermula lebih kurang jam 11.30 pagi. Kak-M baca dalam FB katanya jam 11.00 pagi, maka jam 11pagi lagi kak-M dah terpacak kat depan butik D'Haja tu..huhu, semangat mak jemah kan?

Kiranya macam buang tebiat juga ni. Hahhaha, mana pernah kak-M nak join majlis majlis macam ni, nak pula waktu panas rembang macam ni. Mungkin sebab ada lebihan budget kot bulan ni. Alhamdulillah.


Sesudah MC buka majlis , didahului dengan bacaan doa. Doa selamat tau bukan doa makan hehehe. Kemudian di pasang klip video icon baru D'Haja iaitu Dato Ustazah Bahyah, penceramah Semanis Kurma tu. Cumel orangnya. Tapi kak-M nampak lebih ramai mata yang menumpu kepada selebriti Irma Hasmi. huhu.

Dah selesai pelancaran icon baru baru lah fesyen show dumulakan..heee , merasa lah kan nengok fesyen show di tengahari rembang nih. Best juga dan modelnya sangat cantik.


Memang macam-macam jenis koleksi D'Haja  ni, tak ingat dah nak sebut satu satu. Masa ni dalam hari dok ingat nak terjah jer masuk butik tu. Bukan apa, sebab ini adalah limited edition dengan potongan harga 30%..oiii bukan selalu DHaja bagi diskaun 30% kan. Tapi apakan daya reben pintu butik belum di potong, maka bersabarnya semua pelanggan menonto satu persatu model memperagakan koleksi pra Ramadhan ini.


Memang semuanya adalah sangat cantik dengan harga yang sangat makkkk aiii, berdengung telinga akak nak dengar. Tapi bila dapat 30% kira dapat lah harga mampu. hehe


Yang labuh yang pendek semua ada, meriah warnanya, kualiti terbaik dengan bahan fabrik yang sangat selesa. Kak-M sempat songlap satu RM211 dapat 30% jadi RM147..hee kira mampu lah akak beli tu. Koleks Dhaja tidak menggunakan fabrik lycra tetapi cotton sebab tu dia sedikit mahal tapi sangat selesa.


Hajat dihati memang nak beli yang ini. Tapi bila dah masuk butik..aduhai rakyat begitu ramai. Mak takut terpijak dek orang ketika melangut langut nengok susunan tudung-tudung idaman kalbu ini. Maka tiadalah hasil mahsul tudung tersebut. kih kih kih..Memang sangat ramai orang. Dan percayalah depa beli sekali bayar sampai ribu ribu.


Warna ni pun menarik. Sempat snap dari belakang, cepat sangat kakak cantik ni berpusing. hehe


Yang ni adalah sama macam Dato Ustazah peragakan. Rekaannya adalah lebih lagi. Sopan sangat.


Yang ini memang tema warna kak-M tapi seperti yang disebut tadi, rakyat yang ramai maka akak hanya mampu melihat dari jauh sahaja.


Sangat manis, corak dedaunan berguguran gitu. Harga? Tak yah tanya lah Memang membeli memang memakai. Tak gitu?


Owh dia memang sangat jelita. Kulit muka sangat halus putih gebu. Serious memang Irma Hasmi ni cantik sangat. Akak dok sibuk melangut tengok tudung tak sedar Irma Hasmi dok berdiiri sebelah akak..heheh..Memang terhenti merenung wajahnya yang ayu tuh. Cantik, memang sangat cantik.


Dato Ustazah Bahyah ni rupanya sangat kecil molek. Sangat peramah dan senyum sepanjang masa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...