Followers

Saturday, June 1, 2013

Makan Malam di Seksyen 7 Shah Alam

Kalau bonda mertua datang bermalam di rumah kak M pastinya akan ada makan malam di luar. Sebab bonda mertua memang enjoy makan kat luar. Malam tadi jenuh juga memikir nak makan kat mana. Akhirnya kak M ajak suami ke area seksyen 7 aje.

Ada satu tempat makan berdekatan dengan kawasan flet di Seksyen 7 ni. Kat sini konsep gerai gerai. Jadi ada banyak pilihan. Nak pilih tempat makan nibpun harus ada beberapa criteria..ahhh biasalah dengan bawa kanak kanak rebina ni kan...haiii macam macam songeh depa ni...jadi kawasan gerai sini ada mscam macam menu yang sesuai juga untuk kekanak ni semua.


Kawasan dia memang ok tepi jalan jer senang nak cari. Berdekatan dengan kawasan Pasar Malam Seksyen 7 tu. Memalam ni memang nampak suram lah...tapi ok sebab suasananya tak serabut.


Nampaknya semuanya sengeh jer happy..hahhaha..Sarah Nuha biasalah dengan nasi dan tekur goreng serta kicap.Kak M pula makan nasi putih dan ayam masak pedas.Bonda mertua makan mee jawa, Abang Danish dengan maggie goreng, encuk suami makan koew teow kerang, Ahmad makan fries dan anak buah kesayangan makan satay dan nasi impit. Waaaa meriah gitu.


Kalau dulu kat sini ada section jual bubur dan pilihan lauk lauk untuk bubur.Tapi sekarang dah takder. Kat hujung korner ada jual burger dan kepak ayam panggang. Ada juga menu sotong kangkung. Ada tauhu bakar dan ada western food seperti lamb chop dan chicken chop.Ada juga char koew teow, nasi ayam dan lauk pauk seperti kedai tomyam tu. Memang sesuai bawa family makan sini.


Paling melegakan bila ada menu maggie goreng ahhh Anank bujang kak M ni memang tak minat makan kat luar sebab dia lebih menghargai masakan mak dia..wakakkaakakakka...apapun maggie goreng ni memenuhi citarasa dia.Alhamdulillah nampak gaya semuanya berpuas hati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...