Followers

Sunday, June 16, 2013

Kids Day out


Kesian bebudak ni terasa sangat bosan 2 hari terperap dalam rumah. Maka petang tadi rencananya nak bawa depa ke taman.

Sesambil nak basuh keter juga. Memang berbaloi sangat basuh keter berbau masam dan sangat comot . Lama sangat tak cuci.

Jadi tadi petang bawa depa ke tempat basuh keter dulu. Alkisah banyak ler pula ketereta beratur untuk di basuh. Macam biasa pi lepak dulu kat kedai mamak sebelah tu sementara tunggu keter siap dibasuh.

Danish order mahhie goreng, nuha nak milo jer, ahmad pun sama dan mommy makan roti bom. Hehhe..banyak citer bebudak ni. Macam macam hal dok cerita sambil minum petang tu. 

Dah siap makan minum masih belum siap lagi kereta. Maka melepak lah kami tepian longkang menunggu kereta siap di basuh. Akhirnya sampailah jam 7.15 baru siap. Maka rencana nak ke taman terpaksalah di batalkan. Dah nak masuk maghrrib pun. Jadi kami balik rumah jer. Heee takper minggu depan lah kita ke taman.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...