Followers

Saturday, June 1, 2013

Dah berapa kali cakap...masih lagi berlaku..budak terkunci dalam kereta.


Cuti sekolah kali ni kami ke Gambang Pahang. Bawa anak bercuti ke sana pula...sebb tu lah 3 hari blog ni tak update..memang bawa laptop tapi dek keletihan tahap maksima maka laptop lun hanya tinggal laptop..hahhah..

Perjalan ke Pahang pada Rabu pagi adalah bersama bonda mertua dan anak buah. Dari Shah alam jam 10pagi kami ke Klang dulu amik bonda mertua dan anak buah. KA. Pagi tu kak m masak nasi goreng dan goreng nugget serta sosej. Banyak jadi kak M bekalkan ke sana juga. Rupanya bonda dan anak buah masih belum sarapan.tak perlah nanti boleh singgah kat mana mana sepanjang perjalanan tu.

Lebih kurang jam 1.00 tgh kami berenti untuk makan tengahari di Hentian Twmerloh. Bonda memang dah sangat kelaparan. Dalam pada tu terperasan ada ramai orng sedang kerumun sebuah kereta warna putih..MPV rasanya. Bila siasat rupanya ada budak tertidor dan terkunci dari dalam dan enjin kereta masih hidup. MasyaAllah masih lagi berlaku kes sebegini setelah beberapa kali keluar di berita utama. 

Masa tu macam macam cara diaorang buat. Paling hebat diaorang goyangkan kereta ti begitu kuat. Memang berhoyang habis..diketuk ketuknya tingkap kereta dan dohon beberapanjangan namun tidak juga berkesan.

Kak M yangbjyga kelaparan pegi lah cari makan dulu. Dalam masa kami dok makan nampaknorang ramai dah mula meninggalkan kereta tu. Memang tak sedar kot budak dalam tu. Hai...lain kali sama sama kita beringat janganlah sesekali tinggalkan anak sendirian berkunci begitu. Malang itu tiada berbau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...