Followers

Sunday, June 2, 2013

Bukit Gambang Resort City...percutian yang sangat seronok



Nampaknya cuti sekolah kali ini kami ke Pahang. Pernah tak ke Bukit Gambang Resort City? Kak M pun pertama kali ke sini. Sebuah percutian yang indah bersama keluarga.

Kali ni bawa bonda mertua bersama anak buah. Jadi dalam kereta agak semput. Apapun anak anak tetap enjoy. Perjalanan ke Gambang mengambil masa hampir 4jam juga. Kami cuma sekali jer singgah untuk makan tengahari di Hentian Termeloh.


Seminggu sebekum pergi hubby dah booking satu apartment yang ada dua bilik. Sedang elok saiznya untuk kami semua. Ruang yang selesa dan bersih. Lebih kyrang kam 4ptg kami sampai dan terus check in. Bawa barang boleh tahan juga macam nak tinggal sepuluh hari...hahahhaha.

Percutian 3 hari dua malam ni dalam pakej bernilai RM1038 lebih kuranglah dan ianya adalah termasuk 4 tiket ke water park, 4 tiket tram, 8 tiket breakfast dan 4 tiket ke safari dan night jugle. Memang sangat berbaloi baloi.


Bila dah masuk hantar barang ke apartment bebudak ni meMang dah tak sabar menunggu. Nak mandi kolam jer jadi terus tukar baju dan tunggu Daddy untuk bawa mandi kat kolam apartment sini.


Memang suka sangat depa kalau di bawa ke tempat yang ada mandi manda.hehhe

Bersambung......

2 comments:

baby comel said...

Wah best tu kat Gambang

Emma Marinie said...

Memang best cuma mahal jer lah..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...