Followers

Sunday, June 16, 2013

Ayam masak merah membangkitkan selera bersahur

Banyak pula menu masakan kali ini. Tu lah kalaundah datang angin memasak ni memanf memacam idea nak masak. Part diet usah ditanyalah. Menyediakan masakan yang berkhasiat untuk seisi keluarga apa salahnya kan.


Sekarang ni bulan Syaaban. Bulan oenuh keberkatan. Anak kak M yang sulung ni aelalu ajak mak dia berpuasa sunat. Alhamdulillah dia mula memahami akan ibadah puasa itu suatu nikmat dan besar pahalanya. 

Jadi menu sahur ini adalah permintaan dari Amierul Danish. Dia memang suka sangat dengan ayam masak merah yang mommy masak.


Secara rahsianya, ayam masak merah ini akan menjadi lebih enak jika di mesin sekali serai didalam ciki dan bawangnya. Ketika menumis akan naik bauan seraibyang sangat enak. Kemudia boleh juga dititik serah itu kedalam tumisan tersebut. 

Kali ini kak M masak lebih sikit boleh simpan juga untuk berbuka nanti.

Sini saja...apa menu sahur kalian pula?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...