Followers

Sunday, April 7, 2013

Walimatul Urus VVIP

Angry Birtd tu...jangan tak caya...cute!

Malam tadi ikut hubby ke Majlis Resepsi anak perempuan bongsu Dato Badar bekas Pengarah Bomba Malaysia. Majlis   adalah di Dewan Seri Endon Putrajaya.

Kiranya ini adalah kali pertama kak M datang majlis di Dewan Seri Endon ni. Memang eksklusif lah dewan ni apatah lagi untuk golongan vvip ni.

Majlis bermula pada jam 8.00 pm. Pengantin tiba pada jam 8.30. Majlis malam ini memang tersusin indah sekali. Tepat jam 10pm majlis pun tamat

Puding tu sangat sedap.. 

Tapi kan orang macam kak M ni agak tak keberatan lah nak hadiri majlis golongan vvip ni. Tapi sebab dah dijemput wajib kita memenuhi jemputan iti. Mulanya ingat nak jer suruh suami wakilkan. Tapi suami akak cakap dah berapa kali asik diwakilkan...nanti apa pula orang cakap. Yer juga kan..sian laki pergi kensuri tak berteman.

Kenduri memalam gini satu masalahnya nak tinggalkan anak anak tu kat rumah..alahai kasihan mereka nak ikut tapi tak boleh. Maka adik ilar darling diva jugalah yang  yang tolong jadi baby sitter. Terima kasih ler bebanyak adik ipar.

Malam tadi kak M mengenakan sepersalinan batik sedondon lah kiranya dengan suami. Inilah satu lagi benda yang menjadikan kak M pikir banyak kali bila nak hadiri majlis vvip...huhu....nak pakai apa?....

Mujurlah kebelakangan ni ada buat baju lip lap lip lap gitu..huhu beli baju dari mzaik via online pastu bagi my darling aunty jahitkan. Iru memang tailor keluarga kami....tapi nak siap sepasangnpun amboiii berjanggut menunggu.

Perkara kedua iakah majlis VVIP ini adalah protokol..aduiiii memang bosan tahap gaban nak menunggu satu satu acara dimulakan..habislah cerita semua kisah dari tadika tak juga memula lagi majlisnya...hahahahha....memang paling tak suka bila kena nunfgu tatau nak huat apa. Udah ler tak der ku kenal sesapa pun nak di ajak berborak...paling habis senyum sana sini sinun jer....mmmmmm

Tapi malam tadi majlisnya agak cepat..tidak meleret leret...anak beranak depa jer yang uruskan. Alhamdulillah makan pun sedap dan kenyang. Terima kasih di atas jemputan tersebut.

Biasalah masa gini ler dapat networking sesama dato dato..oppsss business card pula tak bawa...

pssttt...tisu ni best tak? SINI

2 comments:

Zefa NorAsmara said...

Ibu Yusuf dan maryam berkunjung balas ke sini, salam kenal. Terima kasih singgah di jemari Asmara :D

ps: kami jarang2 g majlis VVIP ni.. x ramai kawan dr golongan tu.. hihi..

Emma Marinie said...

Sama lah kita....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...