Followers

Monday, April 29, 2013

Satu jam tunggu nak makan ni....potong lah



Lama juga tak bawa bebudak ni keluar jalan-jalan. Almaklumlah dengan kekangan masa dan kesibukan kerja. Kasihan depa ni, memerap lama dah ajal mummy ke Toy'r'us. Danish tu memang dah lama menuntut nak hadiah sebab kali ni peksa dia dapat no.2. Wahh! Berbahagia lah suruh orang belikan hadiah untuk dia.


Sebenarnya banyak juga urusan hari Sabtu ni. Memula tu kak-M ke 4life HQ dulu, amik stok untuk mertua dan kawan. Memang HQ 4life ni buka Sabtu dari 12tgh hingga 7.00 malam. Nasib baiklah orang tak ramai. Kalau tak memang bosan la bebudak ni menunggu mummy kat situ. Selesai urusan di 4life terus ke Empire Subang.


Kemain lah memasing menghala ke tempat pilihan memasing.. Memang menyenget jugaklah mak ko nak membayar kab..hahhaha. Mahai bodoah!..Hai anak punya hal..tutup mata jer lah.


Selesai mebeli hadiah memasing, semua dah minta upah nak makan. Hai, macam biasa lapar jer memanjang. Jadi kami makan di Kenny Rogers sebab depa ni suka sangat dengan Raosted Chicken ni. Moh ler makan dulu. Macam biaa memang order quater chicken tu untuk Nuha dan Danish. Aunty pun sama, cuma mommy jer nak cua menu baru..tah amenda namanya..hehehe

Tapi kan hampir satu jam tau nak dapat menu baru ni..semua orang dah makan habis licin, mak punya makanan belum sampai. Aiseh...memang len kali tak nak dah order mender nih...lama bebenor dia nak bakar ...boleh tahan ler rasanya..a bit cheezy...Alhamdulillah semuanya kekenyangan.


ni ler rupanya mender yang lama ahkak menunggu tu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...