Makin merepek iklan iklan ni....

Sejak kebelakangan ni macam-macam produk kecantikan keluar. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan (che wah,, putis gitu). Setiap hari buka FB mesti ada jer tiga ke empat iklan tentang produk kesihatan...

Dah kebanyakannya memang sangat lah merepek. Bermula dari produk pelangsingan. Kak-M masih ingat cetusan dari blog Kak Senduk. Wah! ...ko semah dah guna krim sapu sapu tu udoh,, empat segi tepat juga badan ko aku tengok.....Heeee, kan?

Produk pelansingan adalah antara yang terbanyak kini. Krim sapu, minuman, pil pelansingan, acai berry..Wahhh, berdesup desup ko. Paling teruk bila baca testimoni....

' Saya telah menggunakan produk ni selama seminggu dan turun berat badan 10 kilo!....Suami pun makin sayang'

wa.. sangat kasihan ini orang,, nak kena tunggu hilang 10kg berat badan baru dapat kasih sayang...  sungguh lah poyo..Mai baca yang kat bawa ni pula...



Hah! Apa pendapat korang? Komen saya nak!...kih kih kih...memang tak tahan baca testimoni macam ni. Udah masuk wall akak, bacalah juga kan...buat jadi bahan ketawa ja..cemana lah kak Senoh perah lemak tu...

 Begitulah kalau desperate nak berniaga...pesan akak kepada semua pengguna, usahlah terpengaruh dengan segalan iklan-iklan ni udah membohong jer segala. Ingat! Kalau turun berat badan dengan drastik pada masa yang sangat singkat anda mungkin akan berhadapan dengan masalah lain. Harus sentiasa berhati-hati.

chiow....


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick