Lebih pantas, menjimatkan dan mudah di bawa ke mana saja.

Salam siaran semua.

Hari ni I coti beb. Saja amik cuti sebab nak rerehat ke kekununya. Kebetulan Abang Danish pun cuti sebab semalam berkarnival sukan kan, jadi sekolah bagi cuti hari ni. Alhamdulillah dapat lah berehat di rumah aja.

Selepas hantar Nuha dan Ahmad ke Taska, Kak-M terus shoot ke MPK Klang untuk pick up Aunty Rina Darling Diva tuh. Ha,,memang dah berjanji pun nak ke MAXIS Bukit Tinggi untuk selesaikan akaun Maxis yang memang dah lama nak tukar.

Al kisah akak punya akaun broadband ni ada dua, satu yang 48 hengget dan satu yang 98 hengget. Lepas jer pasang Unifu kat rumah akak dah tutup akaun Maxis yang 48 gengget tu. Iyalah sebab dah banyak now akuan nya kan. Nak tutup yang 98 tu dok rasa macam nak kena guna juga kot2 masuk kampung yang takde wifi kan.

Comel sangat! Akak memang suka gadjet cecumel gini..heee..memberatkan lagi handbag i juga ni..huhu

Tapi sekarang dah ada pula portable wifi jadi tadi akak pi tukar plak yag itu. Tutup akaun yang RM98 dan aktifkan portable wifi Maxis pula tapi di bawah akaun yang sama. 

Yang ini memula tadi akak kena bayar RM150 lah sebab kos untuk pengaktifan dan modem sekali rasanya. Tapi bebulan cumalah RM68 sahaja. ha tu yang akak suka tu. Jimat banyak lah dari yang akak dok bayar RM98 tu kan.

Wifi ni untuk 8gig ajer..ishhh cukup ler kan dengan status akak ni, bukanya korporat or diva bagai kan..hahahaha. Dan 8gig tu du bahagi dua iaitu 4gig utk tempoh 8 pagi hinggan 2pagi dan selebihnya 4 gig lagi untuk dari 2pagi hingga 8pagi. Memang molek sangat.
Bateri pun tahan hingga 8 jam, lama tuh ha sesambil dalam keter tu bebudak ni boleh ler melayari internet melalui tablet memasing. Selamat ler Daddy ya, kalau idak semuanya dok menyedut internet dari handphone Daddy...keh keh keh..


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick