Hilang

Setiap orang pasti pernah merasai kehilangan. Betul tak? Kehilangan orang tersayang. Kehilangan barang-barang berharga, hilang pekerjaan, hilang sahabat baik, hilang pertimbangan dan lain-lain.

Pernah suatu ketika dulu heboh dengan kes kehilangan kanak-kanak. Sehingga kini rasanya Adik Syellini tu masih lagi belum dijumpai. Kalau dalam FB pun setiap hari ada saja posting kehilangan anak-anak kecil. Hilang kereta dilarikan pencuri, hilang arah dan macam -macam lagi.



Kak-M kini telah kehilangan 2 nenda tersayang. Nenda sebelah suami lebih dulu meninggalkan kami di ikuti nenda kedua sebelah abah kak -M pula. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Ameen.

Ada orang termenung kerana hilang tempat berteduh, ada juga yang merintih kerana hilang pekerjaan . Tak kurang juga yang merungut kerana hilang barang berharga.

Suatu masa dulu kak-M pernah dua kali kehilangan barang yang sangat berharga. Yang pertama ialah dia Folder yang mengandungi segala sijil-sijil kak M sedari Sekolah rendah termasuklah sijil UPSR, SRP dan SPM.

Seminggu kak-M cari tak jumpa. Masa tu kak-M menginap di rumah sewa bersama-sama adik junior, Maklumlah masa belajar tahun kedua memang susah nak dapat hostel, apalagi kalau tak aktif dalam persatuan kan.

Memang risau tak terkata sebab semuanya adalah dokumen penting. Puas lah bertanya sahabat semua , adik-adik kekalau depa nampak folder warna merah tu. Semuanya tak tahu. Hati ni berkata folder tu masih ada cuma tersalah letak tempatnya. Tetiap malam kak-M berdoa dan solat hajat agar dipermudahkan segala urusan.

Alhamdulillah Foldertu memang ada!. Hari berikutnya kak-M tergerak hati nak masuk setor kat rumah sewa tu, buka jer pintu memang FOLDER tu yang kak-M jumpa dulu. Alhamdulillah Ya Allah kau telah mambulkan permintaan hambamu ni.

Kes kedua juga berlaku ketika kak-M masih sebagai siswa. Kak-M kehilangan kad pengenalan...hanya sekeping kad pengenalan jer yang hilang, purse yang simpan kad masih ada. Ya tuhan, masa tu memang tak senang duduk, habis semua kawan-kawan kak-M call untuk nak tanyakan kalau-kalau depa terjumpa kad tu. Tiada apa lagi nak disuahakan kak-M buat solat hajat terus, mohon dari Allah agar kak-M dipermudahkan segala urusan. Beberapa jam lepas tu ada pelajar junior telefon katanya nak pulangkan kad pengenalan kak-M depa jumpa kat depan kedai alat tulis Sg.Dua .Kad tu jatuh atas jalan. Alahamdulillah sekali lagi kau mendngar dan memakbulkan doa hambamu Ya Allah!. Memang bersyukur sesangat masa tu. 

Kali ketiga hilang cincin kawin, dan cincin hadiah dari suami. Yang ni kak-M dah cerita dalam entry sebelum sebelum ni, boleh search kalau nak. Memang tak tentu arah waktu tu.....cincin kesayangan hamba...hehe. Anak main rupanya dia ingat cincin mainan kot. Selepas berdoa nangis-nangis....akhirnya elok jer nampak beg isi cincin tu kat bawah tangga. Sesungguhnay Allah itu maha mendengar dan memakbulkan doa hamba-hambanya.

Justru apabila melalui kehilangan ingatlah kita punya Allah untuk bantu kita. jangan kedekut untuk mohon doa dariNYA kerana Allah sentiasa bersama hamba-hambanya. Jangan sampai hilang ingatan sudah, kalau itu berlaku orang terdekat mohon berdoa akan kita segera mendapat kesebuhan dariNYA.

Terkini...akak baru jer hilang satu file dari pendrive...Ya Allah jika itu yang terbaik buatku aku redho...ku mohon kau permudahkanlah segala urusanku. Ameen



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick