Fenomena 'PM saya' , makin menjadi jadi

Wah! Sungguh ironik ya tajuk entri ni...Opppsss! Jangan salah faham yer.. PM tu bukan Perdana Menteri tapi yang dimaksudkan ialah 'Private Message'..kih kih kih...ha kan...terkono eden....

Ini sebenar kes orang biness online ler nih. Tetiap hari asal akak buka FB jer ada jer memacam iklan jual produk, kolagen, segala krim pemutih, pengurus dan macam-macam lah.

Lepas tu kalau nak tau detail tentang produk tersebut penjual akan comment ' PM SAYA'...betui dak? Ha, cer korang tengok balik mesti itu ler ayatnya.

Idak ler teman tahu apakah konsepnya kena serupa itu..heeee...Mungkin juga strategi dalam pernigaan. Tapi apa yang akak paham ler, Peniaga sebenarnya mungkin tidak mahu pesaing lain mengetahui harga yang dia jual. Manalah tahu, nanti pesaing akan bagi harga yang lebih baik dari apa yang dia berikan. ha kan?

Perkara kedua akak rasa sebab peniaga sebenarnya tak bersedia dicemuh di 'Open market' macam FB. Jika semuanya di jawab terperinci maka akan banyak komplen sana sini..udah tak laku ler barang deme..dak? hehhehe.

lagi ?

lagi?

apa?

Ntah ler?

Yang akak tahu akak memang tak join all that business...pepandai ler korang membeli dan menjual yer.....hihihi.

Anda suka dengan entry ini? PM saya...hahahahahahah


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick