Another Running CPUV ...


Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak, pagi ni kak-M masuk office sedikit lewat, minggu ni memang jadual sangat padat menjadikan kak-M sangat keletihan. Selepas breakfast, macam biasa masuk office kak-M akan buka dan baca email dulu serta buku organiser untuk melihat tugae-tugas penting yang perlu disegerakan. Sesambil tu kak-M intai juga blog kesayangan ni. 

Buka Nuffnang juga...heeee Alhadulillah ada lagi CPUV baru masuk. Terkini sedang berjalan adalah dari Project Breeze Pop...hehe baru ada RM0.08..ok ler tu dengan level blog akak yang tak seberapa ni. Terima kasih kepada pihak penaja yang sudi pilih blog akak sebagai medium untuk iklan tersebut dan terima kasih juga kepada pihak Nuffnang di atas kerjasama ini


Memang dua tiga hari kebelakangan ni kak-M menulis entry yang agak panas tajuknya. Tajuk jer panas tapi isinya biasa- biasa ajer. Dan tajuk itu berjaya menarik ramai pengunjung ke blog Why Pay More ini. Heee...suatu hari akak nak tukar lah naka Blog ini sepertinya tidak begitu sesuai lagi..hahahah,. Akak dah jarang melelong barang kan.

Tajuk entri 'Makin merepek iklan ni berjaya mengumpulkan pembaca seramai 159orang dalam masa sehari' Memang ianya suatu pencapaian terbaik akak selama berblog ini..hahaha, macam lah hebat sangat kan...hebat ler pada akak ni. Manakala tajuk Fenomena 'PM saya' Makin menjadi-jadi juga mencatatkan jumplah kunjungan yang agak tinggi. Ternyata tajuk entri memang sangat-sangat mempengaruhi trafik blog.

erkkk..lepas ni nak letak tajuk apa pula ya....?




Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick