Followers

Sunday, March 10, 2013

Peknga dan kopi 434


Ini adalah hidangan minum petang kami. Kat kampung kam m di panggil peknga..ianya adalah lempeng atau mungkin tepek belakang belanga...hehe..cute je bunyinya.

Nak sediakan peknga ni senang lah sangat dan menggunakan bahan asas yang sentiasa ada di rumah. Tepung gandum, gula, garam dan air. Kak m buat peknga biasa, boleh juga kalau letakkan kelapa parut atau pisang.

Biasanya peknga ni di makan bersama sambal rumis, kebetulan pagi tadi masak nasi lemak jadi sambalnya masih berbaki, elok sangatlah di makan dengan peknga ni. Kak m bancuh kopi 434 yang kawan bagi tu. Alhamdulillah...rezeki ilahi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...