Followers

Monday, March 18, 2013

Meatball and Blackpepper Gravy,yummeh!

Assalammualaikum semua,

Kebelakangan ni, tenggelam timbul jer akak...ala-ala ikan tak cukup oksigen gitu. Apa boleh buat itulah kehidupan, ada masanya kita terluang dan ada masanya tidak berpeluang.

Mr Hubby outstation again and this time he went to London..leaving us for 10 days. Uwaaaa! Kak-M ketika ni beraksi ala-ala supermom gitu....segala power yang ada di gunakan sepenuhnya, dan hingga kini power masih ok tak perlu charge lagi..hihihi...Memang lah keletihan melayan karenah anak kecil yang tiga tu.  Bila Daddy tak der kita jer tempat dia nak manaj minta itu ini. Pepagi lagi seawal 7 pagi kak-M hantar Danish ke Sekolah, kemudian balik amik lagi dua orang untuk ke Taska pula kemudian barulah kak -M ke pejabat.

Bila petang amik Danish dulu dan pusing amik kakak dan adik di Taska. Kemudian bersilat lah di dapaur, sorang nak ayam sorang nak ikan sorang nak cereal..hihii....ada lah juga sesekali akak beli jer kat kedai lauk pauk..hai memang capek mak....

Pagi ni ruang agak longgar gitu, pepagi lagi dah hantar Danish ke sekolah tapi singgah kejap kat kedai depan sekolah dia, nak beli nasi lemak buat bekal katanya. Tak kisah ler..bukan per sian juga sebab kekadang masa minum pagi tu sekolah hidangkan mee atau bihun jadi bukan kesukaan dia, katanya nanti dia lapar...so ok, Bekalkan nasi lemak, mummy nak buatkan roti telur dia cakap taknak nak juga nasi lemak.

Kak-M cuma nak kongsikan menu hujung minggu kami. Alahai, mudah mudah saja. Menu segera yang sangat mudah dan disukai anak-anak kak-M


Kak-M pasti ramai yang pernah mencuba Meatball Ikea. Memang sangat popular menu Meatball Ikea ni. Sekarang ni tak perlu ke Ikea dah . Kita bikin sendiri di rumah cuma bahan jer beli dari Ikea.

Semua bahan-bahan mentah untuk menu ni Hubby beli di Ikea dan kak-M stok jer dalam freezer. Tetiba Ahad lepas tergerak pula nak buat meatball ni, anak-anak pun suka. Memang mudah ler sasangat. Kak-M sendiri pun tak pernah makan di Ikea tu. Sekali bila makan sendiri bikin...eh..boleh tahan juga kan...heheheh

Meatball ini dihidangkan bersama gravy, berry jam dan kentang goreng. Memang kenyang lah sekali makan sepinggan ni. Anak-anak kak-M  pun dok ulang jer makan. Gravy tu cuma panaskan dalan air mendidih dan kacau sehinggalah ia pekat tapi yang ini kak-M masukkan sedikit serbuk Black peper kasi dia ummphhh!. Kak-M rasalah kalau makan dengan ayam panggan pun ok juga ni, kita tambah salad sikit..ha amacam?

okeh lah...itu saja perkongsian pagi ni hingga ketemu lagi..babai.


sesapa yang sedap mencari rumah kediaman boleh CLICK sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...