Followers

Saturday, March 9, 2013

Kopi 434


Anda peminat kopi? Suatu masa dulu kak-M memang peminat setiap kopi. Memang sangat ketagihan, kalau tak dapat sehari secawan kopi memang tak senang duduk.

Lepas tu kak-M dok menggila pula minum Kopi 3 in 1 yang hazelnut tu. Satu hari 3 kali pun boleh..Sehinggalah kak-M mendapat simptom kesihatan yang tidak baik maka kak-M kurangkan pengambilannya dan lama-lama kak-M stop terus minum kopi 3 in 1. Hampir 4 bulan juga lamanya.

Semalam kawan kak-M bagi kopi dari Johor. Terkenal kopin ni katanya. Kopi 434 namanya, memang asli katanya. Tapi ini bukan 3 in 1. Kita kena bancuh macam biasa cuma sebrbuk kopi tu dia letak dalam uncang. Tambahkan gula secukup rasa. Balik rumah kak-M cubalah secawan. Ummphh! Memang kaw!. Sedap sangat, cicah sama biskut kering tu..Alahai sesuai sangat buat minum petang. Jom pekena kopi 434 secawan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...