Tak tahu kenapa...ini juga yang depa suka..


Minggu ni Daddy tak der, ke Port Dikson lagi, ada bengkel apatah. Makan tinggal ler mummy dan aunty bersama anak-anak. Mummy pula ada kelas pada malam Jumaat tu, isk, sungguh la tak sempat nak sediakan dinner untuk kekanak ni. Dah [esan Aunty untuk tolong gorengkan Ayamas Drummet makan dengan kicap jer lah.Heeee.....


Jam 9.00 malam Aunty dah telefon tanya pukul berapa Mummy habis kelas. Mummy cakap lebih kurang jam 9.00 habis lah. Okey kita jumpa di Pizza Hut Seksyen 7. Begitu ler kiranya date segera...tanpa dirancang sekali pun. Masa tu dorang semua dah sesiap tak sabar yang makan luar.


Betapa gumbiranya anak-anak kalau dapat makan kat luar. Abang Danish tu sebenarnya tak suka sangat makan luar. Dia lebih selesan menikmati hidangan di rumah. Home food la kan, sambil dengan tenang nonton TV sambil makan. Nuha pula memang suka sangat kalau makan luar. Sangat teruja dia. Abang dah pandai order, nak kids meal katanya dan pizza paperroni serta ice cream coklat. Heee, senang gitu tak perlu nunggu lelama nak pilih makanan. Dan Nuha nak soup dan garlic bread.


Alhamdulillah Ahmad baik sangat. Paling risau makan kat luar ni bila bawa Ahmad.. Huhu ala-ala pelari marathon gitu, dia akan lelari pusing meja sana-sini. Tapi malam tadi Alhamdulillah Ahmad sangat baik, dengar cakap dan makan dengan sukanya. Ahmad ni macam kakak suka soup dan garlic bread juga.


Kiranya sampai 10.30 malam juga baru sampai rumah..membening perut semuanya kekenyangan.. Alhamdulillah.

Dan klik sini juga
Dont start your day without this!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick