Followers

Wednesday, February 20, 2013

Sekitar Rakaman Rancangan Pesan Atok

Minggu lepas kak-M sekeluarga menemankan Amierul Danish ke Studio 2 NTV9 untuk rakaman rancangan 'Pesan Atok'.

Mesti pernah tengokkan rancangan 'Pesan Atok' ni....yang bersama Al-Fatdhil Ustaz Hassan Din tu. Hmmm memang rancangan kanak-kanak yang pernuh dengan informasi keagamaan dan nasihat untuk anak- anak

Ini lah kali pertama melihat bagaimana sebenarnya rakaman itu di buat.

Studi NTV7 ini terletak di Glemarie Shah Alam. Kami sampai lebih kurang jam 9.00 pagi dan di jamu sarapan dengan mee goreng dan sedikit kuih muih serta air teh.

Amierul akan masuk slot mempertahankan diri bersama 4 lagi peserta Taekwondo dari sekolah dia juga. 

Macam biasa sebelum masuk rakaman kena kasi mekup sikit..huhu...mejelir-jelir dia sebab tak duka dengan lipstick tu.

Bila dah sedia semua kena ambil tempat memasing. Ada sorang instructor taekwondo yang akan memberi arahan untuk mereka membuat patern tertentu. 

Memang kagum juga dengan persembahan yang sangat seragam ini. Hebat anak-anak zaman sekarang. Amierul memang tak sabar yang nengok muka sendiri dalam TV...heeeee, tapi kan rakaman ini akan disiarkan pada bulan June nanti...heeeee.


Swing your Racquet!

2 comments:

indah.com said...

best ni pasti tok wan suka

Emma Marinie said...

heheheheh..Danish pun suka ....dia syok kata muka dia masuk TV

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...