Kek pisang yang mudah dan sedap
Salam siaran di hujung minggu. Apa khabar semua? Kak -m hari ni santai je kat rumah.Hubby pun masih belum balik lagi.Katanya baru gerak dari Penang.
Dah lama juga kak-M janji dengan anak anak untuk buat kek, jadi hari ni dah agak senang sikit jadi kak m pun buat lah kek yang paling mudah iaitu kek pisang.
Resepinya memang sangat mudah. Kak-M guna pisang montel. Tu je stok yang ada jadi la kan.
Jom layan resepi dulu. Mudah saja.
Kek Pisang
4 biji pisang
4 biji telur gred A
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1.5 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
Cara-caranya
Pisang tu dilenyek lenyekkan. Pukul gula, telur dan minyak hingga kembang.masukkan esen vanila dan pisang yang dilenyek tadi. Pukul lagi biar semua sebati. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonal ke dalam adunan. Kacau dengan senduk sehingga semuanya bercampur. Masukkan dalam dulang pembakar dan bakarlaj pada suhu 180 darjah selama 45 minit atau sehingga masak.
Senang kan? Kek ni boleh juga buat bekal anak anak ke sekolah. Sesuai dihidangkan untuk sarapan dan minum petang juga.
Masak pun siap. Hari ni menu simple je, sambal sotong, kari ayam, dan sayur sawi. Bebudak ni masih kenyang lagi dgn sarapan tadi jadi belum mau makan tengahari.

Comments