Kek pisang yang mudah dan sedap

Salam siaran di hujung minggu. Apa khabar semua? Kak -m hari ni santai je kat rumah.Hubby pun masih belum balik lagi.Katanya baru gerak dari Penang.

Masak pun siap. Hari ni menu simple je, sambal sotong, kari ayam, dan sayur sawi. Bebudak ni masih kenyang lagi dgn sarapan tadi jadi belum mau makan tengahari.

Dah lama juga kak-M janji dengan anak anak untuk buat kek, jadi hari ni dah agak senang sikit jadi kak m pun buat lah kek yang paling mudah iaitu kek pisang.


Resepinya memang sangat mudah. Kak-M guna pisang montel. Tu je stok yang ada jadi la kan.

Jom layan resepi dulu. Mudah saja.

Kek Pisang
4 biji pisang
4 biji telur gred A
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1.5 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya

Pisang tu dilenyek lenyekkan. Pukul gula, telur dan minyak hingga kembang.masukkan esen vanila dan pisang yang dilenyek tadi. Pukul lagi biar semua sebati. Masukkan tepung  gandum dan soda bikarbonal ke dalam adunan. Kacau dengan senduk sehingga semuanya bercampur. Masukkan dalam dulang pembakar dan bakarlaj pada suhu 180 darjah selama 45 minit atau sehingga masak.

Senang kan? Kek ni boleh juga buat bekal anak anak ke sekolah. Sesuai dihidangkan untuk sarapan dan minum petang juga.







Comments

icha fariha said…
mcm senang jep.. buleh try la lepaih nie.. cuti pon lama lg
emma marini said…
Mmg senang..kemaniaan bergantung kepada pisang..kalau pisang terlalu manis kurangkan gula...selamat mencuba

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick