Followers

Monday, February 11, 2013

Chocolate moist cake.. so cute


Taraaaa! Akhirnya dapat juga kak -M jamu kawan kawan makan kek yang kiut miut ni. Kak -M memang dah lama pun berhajat nak buat kek ni bagi kekawan merasa. Alahai...tahu jer lah masa yang sentiasa mencemburui kita tu menjadikan kak-M tak tersempat nak buat kek yang kiut miut ni.

Kek ni asalnya ialah moist chocolate cake. Kak-M hanya gunakan tepung yang siap campur dari kedai yang jual bahan-bahan buat kek tu. Memang sentiasa ada tepung ni dalam stok kak -m kalau ler kecemasan ada tetamu bertandang....heheh kejap jer dah dapat satu hidangan. Nak menyediakannya pun tak susah . Hanya perlu tambahkan telur,minyak masak dan air. Itu saja dan gaul sebati. Kek ni boleh di bakar atau dikukus pasti menjadi punya. Kalau buat sebiji boleh jer tuangkan coklat cair atau ganache ke atasnya.tentu lebih menarik dan lebih enak.

Tapi sebab kak-M buat untuk jamu kawan kawan makan di pejabat maka kak-M inovasikannya dengan menjadikan kek ni dalam bentuk bentuk yang kecil. Tak perlu potong lagi. Senang nak makan sebiji macam ni.

Idea ni datang masa kak-M hadiri satu majlis hari raya tahun lepas rumah sahabat suami kak-M dan salah sorang jemputan ada membawanya. Hmmmm apa lagi bali tu terus kak-M mencuba dan menjadi. Kukus pun tak perlu lama dalam 15 minit gitu. 

Sesuai juga kalau nak bawa sebagai buat tangan ke rumah sedara atau sebagai bekalan anak ke sekolah....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...