Almond Banana Muffin


Minggu lepas kak-M ada masukkan entry menu Kek Pisang yang mudah. Alahai kalau di ubah sikit caranya boleh jadi Muffin pula. Kak-M percaya adunan tersebut boleh dipelbagaikan. Alang-alang guna pisang kak-M masukkan adunan tersebut di dalam bekas muffin dan taraaaaa! Jadilah ia Banana Muffin. Kemudian ada lebihan vrinch almond dalam peti ais. apa lagi tabur je kat atas adunan sebelum ianya di bakar. maka jadilah ia Almond Banana Muffin, lebih komersial gitu...errrkkk! Ada yang order? kih kih kih, tak perlu order, kalian boleh menyediakan sendiri sebab resepi nya sangat mudah menggunakan hanya bahan-bahan adas sahaja.

Untuk resepinya kak-M ulang ler sekali lagi yer...seperti bawah.

Almond Banana Muffin

4 biji pisang emas/berangan
4 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1.5 cawan tepung gandung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk soda bikarbonat

Cara-cara:

Pisang dilenyek-lenyek dan ketepikan. Pukul gula, minya dan telur hinga kembang. Masukkan telur yang dilenyek dan gaul biar sekata semuanya. MAsukkan esen vanila dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat dan kacau sebati. cedokan sesenduk masuk ke dalam acuan muffin dan bakar api atas dan bawah pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.

Kak-M buat muffin tujuannay untuk bawa ke pejabat sebab ada meeting. Memang habis semunya berebut depa nak merasa. Alhamdulillah semuanya suka dan Nuha bawa sikit jamu cikgi-cikgu di taskanya.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick