Popiah S.S Ali Seksyen 7
Beberapa hari lepas memang ketagih sangat makan popiah ni. Korang pernah cuba? Popiah S.S Ali ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam, bersebelahan dengan Gedung Kain Gulatis.
Kak-M tetiba macam suka sangat dengan popiah ni. Ternyata memang mahal. Satu set ada 3 biji popiah berharga RM3.00 maka sebiji popiah adalah seringgit kan? Kalau di pasar malam mungkin 5 biji untuk RM2.00 sahaja. Tak kisahlah, menang membeli menang memakan begitu ler kekdahnya.
Pada kak-M, sedap juga rasa popiah ni, biasanya kak-M akan beli 2 set, satu set popiah basah dan satu set popiah goreng. Jadi bawa balik rumah makan reramai. Kekadang tu tak sempat pun sampai rumah kak-M dah bedal dalam kereta. Itu ketika dalam keadaan kelaparan terlampau..hhihihi.
Selain popiah, restoran ni juga ada jual rojak sepinggan RM5.00, kawan kak-M yang pernah makan situ cakap boleh tahan juga rojak tu. Ada juga nasi ayam, mee rebus dan laksa.
Comments
Beng lawa