KALENDAR KUDA

Setiap kali hujung tahun, bulan Disember tu, mesti kebanyakan bank, supermarket, kedai cat dan sebagainya akan memberi kalender kepada pelanggan secara percuma. Biar betapa cantik pun kalender yang diberi percuma tu. Kalender kuda juga yang menjadi idaman.

Ada yang sanggup membeli kalender kuda ni. Wah! Apa yang best sangat tentang kalender kuda ni? Bonda mertua kak-M memang sentiasa jer ada kalender kuda kat rumah dia. Menurutnya, kalendar kuda ni senang sebab orang macm dia yang banyak appoitment doktor senang nak monitor tarikh-tarikh penting jadi tidak ler tertinggal mana-mana temujanji dengan doktor.


Kak-M pun suka juga dengan kalender kuda ni sebab utamanya ialah senang nak monitor cuti, terutamanya cuti sekolah. Senang nak susun cuti untuk family sebab cuti-cuti umum seperti Hari Raya dan lain-lain dapat di lihat dan ditanda dengan mudah. Apatah lagi dengan tulisan nomor yang besar itu, ishhh senang mak nak merancang tau.

Heee, korang suka kalender apa ya?

Comments

SABARINA said…
tau takper , sebab tu aku dok tercari-cari
emma marini said…
Aku baru perasan kat pejabat am, depa print tetiap bulan tempek penuh board..ha kau senang mak nak nengok...heeee

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick