Followers

Sunday, December 16, 2012

Wild wild west dinner

Sabtu malam, kak_M menghadiri satu majlis dinner pelajar-pelajar ijazah. Tema dinner tersebut ialah Wild Wild West gitu. iskkkk ntah nak pakai pakaian apa nih. Kalau cowboy pun boleh atau boleh juga red ndian kan...Aiyaaa.... satu hal juga nak pegi mencari costume segala. Jadi akhirnya pakai kemeja dan seluar jer ..Hahahha. Kak-M bawa sama Nuha dan Ahmad serta Adik ipar. Sesaja nak melarikan Ahmad dari ganggu bang dia yang baru bersunat tu kan.


Menu memang lah superb..Kenyang tahap gaban gitu. Sampai jer ke majlis tu, kami dihidangkan dengan Siakap Masam Manis. Wah besar Bagak ikannya. Manis dan sedap sangat. Disuatu sudut hujung sana ada goreng-goreng. Tapi tersangat;ah panjang beratur. RUpanya ada udang goreng tepung dan ikan goreng tepung. Satu sudut lagi pula ada ayam bakar, dan kambing bakar. Wah! Meriah sangat. Sesambil makan kami di hiburkan dengan persembahan yang begitu menarik dari pelajar-pelajar tersebut. Ahmad dan Nuha memang enjoy sangat makan mee sup. Ada juga Sup yang makan bersama roti baguet. Hah! Apa lagi ko nak? Semua pun ada.




Dinner ni diadakan di kafe Stadium Panasonic Seksyen 20. Memang santai sangat. Ruang yang luas dan kenanak pun bebas bermain. Ahmad memang suka sangat sebab banyak belon. Hah, sambil dia dok main sambil kita suap dia makan bihun sup. Semuanya kekenyangan dan kami balik rumah lebih kurang jam 11.00 malam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...