Followers

Sunday, December 16, 2012

Tuna Roll

Apa khabar bloggers. Semoga semua sihat hendaknya. Kak-M masih dirumah jaga anak yang baru berkhatan. Masih keletihan penangan kenduri kecil petang semalam. Semuanya telah siap di cuci, tunggu kering sepenuhnya untuk disimpan ketempat asalnya. Buat masa ni memang berselerakan lah rumah ini.

Satu lagi menu kuih muih bidan terjun kak-M pada kenduri semalam ialah Tuna Roll. Ha ka..banyak pula idea mendatang di kala kesesakan ni. Kak-M sebenar ternampak sepeket Oat di dalam peti ais. terus ternampak menu Tuna Roll. Teringat masih ada dua tin Tuna yang adik ipar bawak balik 2 minggu lepas. Lebihan diaorang ke Melaka waktu tu. Hah! Apa lagi sepantas kilat kak-M menggulung roti berintikan tuna ini. 


Macam biasa roti ni kena di lenyek tu, jadi gunakan roller pin untuk menipiskan roti ini. Kemudian letakkan inti Tuna tadi dan gulung. Pada penhujungnya boleh letakkan sedikit telur untuk melekatkannya satu sama lain. Supaya bila menggoreng ianya tidak akan terbuka. Kalau nak lagi sedap boleh saja ubah suai inti tuna tu letakkan bawang atau kentand dan sebagainya. Kak-M kan terdesak jadi asal jadi je..Heeeee. Alhamdulillah memang habis licin juga roti tuna gulung ni.

Nuha bantu kak-M dalam menyediakan roti gulung ni. Memang nak sangat dia membantu kak-M jadi kak-M suruh jer dia simpan roti yang belum di gorengni ke dalam bekas elok-elok. 


Ramai juga yang suka roti ni mungkin sebab ianya rangup. Kalau tak der oat boleh saja gunakan cornflakes atau nestum. Kak-M pernah gunakan hancuran biskut (cream cracker dihancurkan). Sedap juga sebab ada rasa lemak biskut tu dan ianya sangat rangup. 


Hmmm kan dah jadi dua menu kuih muih kak-M, agar-agar lumut dan Tuna roll.
.
.
.
.
.
Meh tengok offer lagi. Klik SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...