Followers

Thursday, December 20, 2012

Serawa Pulut Durian

Seperti yang dirancang, durian musang king yang berlebihan tu akhirnya dijadikan serawa dan makan dengan pulut kukus.

Sedap makan serawa pulut durian di petang hari macam ni. Hujan pula renyai-renyai kat luar sana. Memang santai habis. Kena pula dengan tea-o panas...fuhhh, memang berpeluh gitu. Tak payah dah jogging petang ni. Habis terbakar segala kalori dan lemak. Ya ka?

He he he. Begitu ler celoteh di petang hari. Kak-M sediakan Serawa Pulut Durian petang ni. Agak banyak juga. Jadi rezeki jiran-jiran lah nampaknya. Kami ni jamah sikit-sikit jer.

Nak buat serawa pun senang sangat rupanya. Kak-M ikut resepi Cik Mat Gebu dari Dapur Tanpa Sempadan. Nak tau lebih boleh tengok kat blok dia ya.


Sebelum melawat tapak ke tempat lain mari lihat offer hari ini pula. Klik SINI saja. Terima kasih yer.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...