Segalanya mudah dengan Maybank2u

Salam sejahtera buat blogger semua. Apa khabar hari ni. Kak-M sini alhamdulillah sihat saja. Pagi ni awal pagi lagi dah masuk office terus on PC. Terus juga log in to this blog. Wah kak-M memang setiap hari akan monitor jer perjalanan blog kesayangan kak-M ni. Nampaknya sejak dua menjak ni memang sekata jer pengunnjung ke blog kak-M ni. Alhamdulillah, walau pun tanpa undate terkini, tetap masih ada yang sudi singgah. Terima kasih kepada semua silent reader juga serta follower yang sering jenguk blog ini.

Hari ni kak-M nak cerita tentang Maybank2u. Kalian ada akaun Maybank? Kalau ada tentu kalian dah sangat kenal dengan Maybank2u kan?

Kak-M mula buka akaun Maybank ini masa kak-M pertama kali bekerja. Masa tu kak-M bekerja di Damansara Specialist Hospital sebagai kerani M&E. Gaji ketika itu lebih kurang RM780 sebulan. Masa tu kak-M baru jer mendapat sijil dari Politeknik. Kira itu adalah pekerjaan pertama kak-M. Bila dah ada gaji bulanan maka kak-M buat keputusan untuk buka akaun. Menurut kawan-kawan kalau ada akaun Maybank ni lebih cepat gaji dikreditkan mungkin sebab Maybank juga adalah bank bagi syarikat hospital ini. Jadi berseorangan naik bas kak-M ke Maybank terdekat iaitu di Taman Tun Dr. Ismail. Maka bermula dari situlah kak-M bersama Maybank hingga lah sekarang.

Masa tu masih belum lagi ada Maybank2u, semua urusan keluar masuk adalah melalui buku bank dan mesin autoteller tu. Kak-M mula kenal Maybank2u pula ketika kak-M sambung belajar di luar negara. Ketika itu kak-M perlu membuat pembayaran kepada seseorang. Jiran kak-M kat sana mahu membantu dengan memindahkan duit melalui Maybank2u milik beliau. Alhamdulillah segalanya begitu mudah. Tinggal di luar negara pun masih boleh melakukan transaksi ringgit Malaysia. 

Bermula dari situ kak-M mula mengenali Maybank2u ini. Rupanya tak susah pun. Apa yang perlu ialah anda mempunyai akaun simpanan bersama Maybank. Kemudian terus ke mana-mana Maybank yang berhampiran untuk daftar Maybank2u. Anda juga perlu mempunyai telefon bimbit kerana setiap kali trasaksi pemindahan wang, pin code akan dihantar ke nombor telefon kita untuk di isi dalam sistem online itu. Memang selamat kan? Jadi kak-M sehingga kini memang pengguna tegar Maybank2u.


Masih ingat lagi selepas tamat belajar dan pulang ke Malaysia, memang keadaan sangat sibuk. Kak-M yang masih baru di Bandar Klang bersama keluarga mertua ni memang sukar sangat yang menguruskan pembayaran bil. walaupun ketika itu tinggal bersama mertua, semua bil utiliti memang kak-M dan suami yang bayar. Tapi dengan adanya Maybank2u ini segalanya menjadi mudah. Kak-M kumpukan semua bil yang ada, termasuk TNB, syabas, telekom, internet dan lain-lain dan kak-M masukkan no akaun setiap bil tersebut dalam Maybank2u kak-M. Jadi semua urusan pembayaran bil menjadi sangat mudah. Tak  usah lagi pening kepala memikirkan kat mana pejabat pos, kat mana pejabat TNB dan sebagainya. Apa yang perlu buat duduk di depan PC dalam masa 10 minit sahaja selesai semua urusan. Jimat masa dan jimat tenaga, tak gitu?

Eh! bukan itu sahaja, pinjaman pelajaran kak-M pun melalui Maybank2u. Lagi seronok bila kak-M dapat monitor akaun kak-M dengan begtu mudah melalui Maybank2u ni. Boleh uruskan budget bulanan dengan bijak. Jika keluarga memerlukan bantuan kewangan dalam masa 3 minit sahaja mereka akan merima wang di sana. Hmmm memang betul-betul menyenangkan.

Zaman moden sekarang ini bukan sekadar bil utiliti melalui alam maya. Jual beli barang juga secara online. Semestinya Maybank2u membantu kak-M dlam urusan jual beli. Hah! Whymore.blogspot ini asal usulnya adalah blog jual beli kerana kak-M banyak melelong barang-barang terpakai suatu ketika dulu, sekarang pun masih lagi cuma barang tak begitu banyak. Jadi semua pembayaran adalah melalui maybank2u. Begitu juga jika kak-M ingin membeli barang, sepasti nya kak-M akan menggunakan Maybank2u. Tak perlu lagi habiskan petrol ke shopping kompleks, dah yang pasti ianya menjimatkan masa dan tenaga. 

Begitulah kiranya kisah kak-M bersama Maybank2u ini. anda bagaimana? Jika belum kalian boleh lawati web Maybank di SINI. Jika sudah, marilah sama-sama kak-M blogkan pengalaman anda bersama Maybank2u.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah kita siapa yang tahu....mana lah tahu ada rezeki dapat pula Asus Nexus 7 Tablet.



 Atau mungkin anda antara pemenang hadiah-hadiah berikut.............................


Lumayan kan?...apa pun mari kita cuba, berjaya atau tidak itu belakang kira. Sekali lagi jika berminat boleh klik SINI  atau ke facebook Maybank2U  atau ke web Maybank2u. . Tarikh tutupnya adalah pada 31 Disember 2012. Jom!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick