sardine roll sarapan hari ini

Sejuknya pagi ni. Memang malas nak turun dari katil. Kat luar masih lagi gelap dan memikirkan kak-M perlu menyediakan sarapan buat mereka semua maka terus bangun bersihkan diri dan terus ke dapur.

Semalam kami sarapan nasi goreng kampung yang sangat istimewa. 8 pot nasi digoreng dan ianya habis. Betapa lakukan hidangan istimewa di kampung ini.Heeee, masakan biasa-biasa saja tapi bila makan beramai-ramai memang sangat berselera.



Hari ini kita goreng bihun pula Hmmm maktok  kata goreng bihun lah senang semua bahan pun ada kecuali sayur. Jadi kami menggoreng bihun buat sarapan pagi ini. Alahai...terlebih cili pula dan bihun menjadi sedikit pedas.

Pasti anak-anak kecil yang sedang membesar tu tak dapat mnjamahkanya kerana pedas. Jadi kak-M pun buatlah sardine roll pula. Iskkk sardin roll ni bebudak darjah enam pun lulus dan..Heeeee, senang sangat kan? 

Sardin roll pagi ni memang khas untuk kekanak riang, tiada bawang dan tiada cili..Huhuu,, sebuku roti kak-M guna untuk buat sardin roll ini dah ianya habis licin.Betapa mereka suka makan beramai-ramai.


Kali ni kak-M gunakan cream cracker yang dihancurkan sebagai serbuk untuk disalutkan pada sardin roll sebelum di goreng dan ianya sangat sedap. Maaf ler kalau yang bangun lewat dan terlepas peluang merasainya..harap sabar lain kali kita buat lagi okeh...

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick