Resepsi Ella & Azhar

Alhamdulillah, rezeki kami mendapat jemputan menhadiri majlis perkahwinan Ratu Rock Malaysia pada 1 Disember 2012. Kak-M memula macam tak nak pergi memandangkan tak der sapa nak jaga anak. Majlis macam ni memang tak dapat lah nak bawa anak kan. Lagilah kalau majlis tajaan dan dirakamkan Astro untuk program TV mereka.

Akhirnya kak-M pergi juga bila adik ipar mahu menjagakan anak kak-M. Jadi kami ke sana. Majlis bermula jam 9.00 malam di Kelab Darul Ehsan, Selangor. Jemputan agak terhad tetapi tetap meriah. Memang pertama kalilah pengalaman menghadiri majlis bersama selebriti popular ni. 

Ella memang cantik sangat mengenakan dua persalinan, memula tu dia pakai gaun warna putih kemudian tukar warna merah jambu..owhhh memang jambu sangat.


 Puteri Caroline sedang menyanyikan lagu untuk mentornya.

 Simple tapi sangat cantik...tukar lampu je tukar lah musim pelamin tu...

 Menu yang sangat sedap. Kalau meja VVIP dihidangkan oleh KUZI catering..alahai Pak Engku tu...

 dari mula masuk sampai ler balik dia dok main SMS tu.heee,,,comel lah si NORA ni...

 Yeah! Farrah Dhiya memang sentiasa nampak garang, tapi weh! Sangat sporting.

 Pengacara majlis: Dang Suria

 Dato Ramli MS

Ramai juga artis dan selebtiti yang atang. Yang pertama sampai ialah Dato Ramli MS. Kemudia kak-M perasan Nora Danish dah masuk dewan..Wah kemain peminat dok kerumum nak amik gambar dengan Nora Danish..heee. Memang comel sangat Nora Danish ni..Sweett gitu. Kemudia ada mama juwie and the gang. Ada juga Misha Omar. Kak Ziana Zain bersama suami memang sesuwai beb. Wah memang solid body walaupun dah anak empat...teruja sangat dengan kejelitaannya, memang diva lah!.

Kemudia menyusul masuk pelakon Amyza Adnan dan suami. Tak sah kalau perkahwinan Ratu Rock tidak dihadiri oleh geng rocker kan..heee, okay Amy Search dan Isteri, pemain gitar Adry yang rambut panjang tuh, ada Jo Wings juga bersama isteri, sangan sopan occay!

Tidak ketinggalan, Farrah Dhiya dan Ila Sabri pun ada. Manakala Dansg Suria menjadi MC pada majlis tersebut. Kak -M suka gak nengok kecantikan asli Jojie...wehh sangat jelita, macam pakistan puna da, cantikknya dia.
 
 Nampak tak effect of the light, jap musim luruh, jap pula musim sejuk...memang cantik sangat


Okay sesi bergambar kami bersama pengantin pada jam 1.30 pagi ya, waktu tu, mata pun dah mengkuyu je...tapi kan dah orang ajak, aku ikutkan jer..heee. Makanan pun sedap. Kenyang seadanya. Menurut Astro, rakaman perkahwinan ini akan disiarkan pada 5 Disember di Astro Ria.


Comments

icha fariha said…
bestnya p tgok artis kawen.. hehehee.. glam gituu
emma marini said…
Haha, SYiok la juga sesekali join majlis macam ni

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick