Ratu Kelawar

Ha! Siapa? Siapa? Yang dinobatkan sebagai Ratu Kelawar tu?. Heeee, i ler tu. Nak tahu kenapa? Sebab siang malam, pagi petang memang itu jer baju yang paling best I pakai. Ha! jangan tak caya I ada hampir 15 koleksi baju kelawar termasuk jenis sutera jaquard  dan sutera crepe.

Sekarang pun kalau jejalan kat mana-mana pasar, I tetap akan berhenti untuk memilih dan membeli tambah baju kelawar. ISkkkkk lagi banyak stok lagi bagus.

Suatu pagi, Nuha tanya

 "Eh! mummy belum mandi lagi ke? 

Hah! Tahu kenapa? Sebab mummy masih lagi dengan baju kelawarnya. Hahhaha eeee... 

"Dah mandi lah, subuh lagi tau, Malam tadi kan baju warna lain"

Kalau kat rumah mertua pun I masih setia dengan baju Kelawar ni.  Pernah sekali kat rumah mak I, Adik ipar tegur.  
"Akak ni banyak betui kan Baju Kelawar ni"
" Heeee, boleh tahan ler banyaknya"

Zaman sekarang dah ada jenis ekslusif dan boleh di pakai ke pejabat. Baju Kelawar yang mahal seperti sutera tu biasanya I pakai bila  I keluar rumah ler, nampak lawa lah kan, kang terserempak dengan member malu gak.

"Eh! Dr-M beli ikan ker? "

Heeee, kan? hmmmm malu lak nak ngaku diri ni Dr-M dengan costume kelawar ni.

Paling best kalau ada sesapa pi Pantai Timur. I tau dah, mesti dorang akan belikan I baju Kelawar. Owh! I Like. Tak perlu yang mahal pun, cukup sekadar Kelawar biasa jer, jenis kain suji tu memang sedap di pakai, sejuk dan selesa. Apatah design baju ni yang membolehkan angin masuk dari segala sudut, memang sesuai sangat di pakai di negeri beriklim panas macam Malaysia ni. heee kan?

Suatu masa dulu I pernah menjual Baju Kelawar ni melalui Ebay tau. Halooo! Memang ramai yang beli, sampailah I kekurangan stok dan malas nak urusniaga ke Pejabat Pos maka i berhenti di situ sahaja.

Jangan ada yang pepandai nak jadikan baju kelawar I sebagai kain lap kaki pula..Huhu, walaupun dah carik sana sini, I akan jahit semula dan pakai seperti biasa. Baju Kelawar ni kan biasanya akan koyak atau tertetas pada bahagian ketiak tu dan menampakkan bahagian yang sepatutnya nampak kan...Heee, tak per boleh jahit semula dan pakai lagi.

Ada masanya, penyidai rumah I tu penuh dengan baju kelawar I ..hee sorry baju lain tak boleh tumpang, tunggu esok yer basuh dan jemur. Baju Kelawar ni mudah diurus, senang di basuh, senang dijemur dan senang di dilipat.

Ha! Amacam? You olls pakai baju Kewalar ker?


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick