Followers

Wednesday, December 19, 2012

Nasi Goreng pun jadi lah

Sarapan apa pagi ni? Tanya Amerul dia nak Nasi Goreng, tak nak sayur. Heee, memang itulah order dia kalau makan kat retoran luar pun. Maggie goreng tak nak sayur, nasi goreng taknak sayur, Mee goreng tak nak sayur. Susah benar nak menelan sayuran. Kekadang tu geram juga, kak-M potong sayur kecik-kecik dan masa menyuap depa makan aku sorokkan bawa nasi. Ha! Telan juga kau kan...apa rasa? Tak rasa pun kan?

Hari ni kak-M buatkan Nasi Goreng merah yang biasa dia makan tu. Senang dan cepat disediakan. Semua yang lain pun boleh tumpang makan. Kak-M goreng sikit jer sebab tenagahari nanti cadang nak masak siakap kukus. Cheee wah! Siakap tu..Alahai masakan dirumah, simple-simple jer, yang penting ianya satu menu yang sihat.

Nasi goreng pagi ni sangat mudah. Seelokkan nasi tu kena nasi sejuk barulah nanti berderai jer bila digoreng. Tapi sebab tak der lebihan nasi semalam, awal pagi kak-K tanak nasi dulu. 


Untuk rencahnya kak-M lebih suka buat sendiri dari menggunakan yang segera. Aiii senang jer dek non. Kak-M mesinkan cili kering, ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan sedikit belacan. Buat lebih sikit dan masuk dalam bekas kecil dan simpan dalam peti ais. Lain kali dah boleh terus goreng jer. Satu lagi kalau kak-M tak der di rumah bapanya pun boleh tolong gorengkan jer sebab rencah dah siap kan. 

Biasanya lepas menumis tu kak-M masukkan telur dulu dan goreng biar sedikit kering kemudian baru tuangkan nasi dan gaul rata. Akhirnya baru taburkan garam dan goreng lagi biar semuanya cukup rasa. Mudah kan?

2 comments:

hananhadila said...

wah , resipi baru ni , nak cube lah sebab nasi tu nampak sedap jee :D

Emma Marinie said...

heeee, boleh lah....bebudak suka lah sebb xder sayur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...