Followers

Tuesday, December 18, 2012

Ikan Selar Bakar

Makan apa you all? Hari ni menu kak-M sekeluarga ialah Ikan Selar Bakar. Alahai, selagai budak ni tak baik sepenuhnya selagi tu lah lauk pauk semua rebus dan bakar. Udah macam jaga orang lepas bersalin pula.


Ikan selar ni kak-M beli di Kedai Pak Aji tu lah, tu pun malam hari baru dapat keluar. Wah! Sekali dapat keluar sangkar macam-macam kak-M beli, maklum ler siang hari kan bertapa jer dalam rumah jaga orang sakit. Mungkin tak begitu segar tapi itu jer pilihan yang ada. Nampak ikan selar besar-besar ni kak-M hangkut 4 ekor suruh dia siangkan terus. Kak-M beli juga ikan siakap dan bawal emas sebagai persediaan hari-hari esok, Tahan lah untuk minggu ni kan, Nanti Sabtu atau Ahad dapat keluar dan kak-M beli yang lain pula.


Ikan Selar bakar ni memang tak sedap lah kalau makan gitu saja kan. Jadi Kak-M buatkan cili kicap kasi ummphhh. Bagus juga macam ni, hari-hari kita makan menu yang sihat, kurang minyak dan kurang lemak. Ikan Selar ni kak-M bakar dalam Periuk Ajaib tu. Tak rugi beli, memang sangat berguna terutama waktu-waktu macam ni, senang digunakan, bersih cekap amanah gitu..heeeee. Kak-M balutkan dengan daun pisang dan lumurkan ikan dengan garam dan kunyit jer. Bakar dalam masa 10minit macam tu. Cantik jadinya, lembab jer isinya..umpphhhhh sedap dan sihat gitu.

Sambal kicap tu kak-M letak bawang merah dipotong dadu .Letakkan belacan sikit, letakkan juga tomato di potong dadu, gula garam dan cili padi dipotong kecil. Kemudian tuangkan kicap dan lenyek-lenyekan semua campuran bahan tu. Wah boleh bertambah nasi makan macam ni. Kena pula kena nasi lembik panas-panas. Memang sedap!

2 comments:

Kazman / Sue said...

terbuka selere jadinya ni..... heee3x

Emma Marinie said...

heee, biasa-biasa jer ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...