Fenomena Give Away

Hmmm, Fenomena Give Away  masih berleluasa gitu. Sampaikan kak-M pun dah terikut-ikut..Heeee, syok juga sebenarnya join GA ni.

First time kak-M join GA ni ialah dari Blog kak Shahriah, bukan ler give away sangat ianya lebih kepada kuiz lah. Jadi siapa jawab betul maka dialah pemenangnya. Masa tumemang siang malam pagi petang kena dok berkepit jer dengan laptop, tablet bagai sebab kena follow all the question yang akan keluar bebila masa saja..ala-ala marathon kejar soalan gitu. Tapi memang best. 

Setiap GA ni memang akan di sertakan dengan pelbagai syarat. Dan tujuan utamanya mana-mana GA pun ialah untuh menarik ramai pembaca ke blog penganjur GA seterusnya menaikkan traffic di blog berkenaan. Selain tu sesambil mengenali bloger-bloger seantaro dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Sesilap boleh jejak kasih gitu.Heee.

GA biasanya akan di kena syarat tertentu yang pasti ialah kena follow blog tersebut untuk ikuti setiap update berkenaan GA tersebut serta update senarai mereka lain yang join GA yang sama. Kemudian kena buatlah netry berkenaan GA tersebut dengan meletakkan banner tertentu dan back link kepada pengantur blog itu.

Bagi kak-M setakat nak folow blog, masukkan dalam black list atau buat entry sekali pun tiada masalah besar. Yang bermasalah cumalah bila kena LIKE FB penganjur. Ini lah yang agak tidak gemar sebab ianya secara langsung membanyakkan staus-status diluar kawalan kak-M heee. Kak-M tidak mungkin mencampuradukan FB dan blog sebegitu mudah. Tak kisah ler yer. Itu kak-M, adik-adik di sana mungkin tiada masalah. Jadi untuk menyetai mana-mana GA syarat yang kak-M letak ialah tidak perlu like FB atau optional, maknanya suka hati kau lah nak LIKE atau tidak....kalau gitu konfem kak-M akan join GA tersebut ..huhu.....

sekian dulu bebelan hari ini..


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick