Fenomena Durian Crepe

Sejak munculnya Durian Crepe ni, memang kebanyakan blog masakan tampil dengan entry Durian crepe ini. Kak-M kenali Durian Crepe ni dari Blog Azlita Masam Manis. Kemudian satu-satu blog mucul dengan entry yang sama. Kemudian tampil pula pelbagai inovasi crepe termasuklah blueberry crepe, manggo crepe, banana crepe dan sebagainya. Wah! Memang hebat rakyat Malaysia ni.

Kak-M memang bukan penggemar tegar Durian. Jadi semangat nak mencuba durian crepe termasuk membuatkan memanglah kureng....gitu. Heeee. Pada mulanya kak-M seperti tidak dapat menerima rasa pabila creme di campur bersama isi durian..Rasa macam tekak tidak dapat menerimanya.

Tetapi segalanya telah berubah bila adik ipar kak-M ada membawa balik 4 bungkus Durian Crepe yang di tempah untuk di bawa balik ke kampung di Jitra. Nuha dah makan dulu. Katanya macam ais cream durian. Kemudian adik ipar pun cakap sedap, maka kak-M pun memberanikan diri mencubanya. Yup! Marvelous...memang sangat sedap. Lagi bertambah sedap jika isi durian itu dilebihkan lagi.

Huhu ketagih sudah. Kalau di FB memang setiap hari ada saja status tentang Durian Crepe ni. Dan kini ianya menjadi suatu produk makanan yang mendapat sambutan hebat. ramai dah suri rumah tampil dengan jualan Durian Crepe ini. Ternyata raja buah ni mampu memikat ramai orang.

Ehtah bila ah kak-M nak cuba buat Durian crepe ini......macam mudah....InsyaAllah suatu hari nanti ya.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick