Followers

Tuesday, December 25, 2012

Daging Masak Lada Hitam

Lama juga rasanya tak masak daging ni, habis jer daging korban dulu semua dah jelak nak makan daging. Memang lama betul berhenti makan daging.

Tapi sejak Abang Danish berkhatan ni, memang ler ada jer daging dalam rumah ni. Semalam kak-M buat Daging Masa Lada Hitam. Mua tu ingat nak goreng kunyit jer dengan kacang panjang. Ish nanti tak berkuah tak nak pula dia makan. Maka jadilah Daging masak kicap.

Ish..kalau tanya resepi kak-M ni bukan tak ikhlas tapi memang cara kak-M ni campak sesedap rasa jer, cuma kak-M boleh kongsikan bahan-bahan tapi kuantiti tu tu ikut sedap makan lah sebab setiap kali masak berbeza kuantitinya, Kalau daging sikit kurang ler kan bahan-bahannya begitu ler sebaliknya. Kali ni kak-M masak untuk 4 orang makan lebih kurang lah.


Bahan-bahan yang kak-M mesinkan ialah cili kering lebih kurang dalam 5 tangkai macam tu, halia satu inci, serai dua batang,bawang merah sebiji dan bawang putih 3 ulas. .Kemudian kak-M  tumiskan semua tu dalam minyak panas sehingga naik bau. Titikkan halia dan serai. Masukkan satu sudu kecil serbuk lada hitam dan kacau biar rata, Tuangkan dua sudu besar kicap manis. Kalau nak lebih berkuah boleh masukkan sedikit air. Masukkan pula daging dan biarkan ianya masak dan masukkan cili hijau serta bawang pesar yang dipotong gelangan. Hmmm agak-agak masak tutup api dan hidangkan , boleh juga kalau nak letakkan kentang.

Wokey, selamat semua ya...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...